Monday, 29 August 2016

Adab Temuduga Yang Harus Anda Tahu



Adab Temuduga Yang Harus Anda Tahu | Bagi mereka yang ingin hadir ke sesi temuduga berikut adalah adab-adab yang perlu anda tahu semasa hadir ke sesi temuduga.

Adab di Awal Temuduga dijalankan

  • Pastikan anda memberi salam atau ucapakan selamat kepada panel temuduga
  • Fokus dan menjawab soalan yang diberikan dengan baik.
  • Hilangkan segala tekanan dan keluarkan aura yang menunjukkan anda berkeyakinan diri dan bermotivasi tinggi.
  • Jangan menguasai sesi temuduga.
  • Bercakap hanya sekadar ilmu yang ada tidak perlu bercakap besar dan terlalu panjang.
  • Jangan bercerita masalah peribadi,kewangan dan lain-lain fokus kepada kenapa perlu mereka ambil anda.
  • Jangan berkeras pastikan anda bersifat tawadhu jika anda tidak bersetuju dengan pendapat panel temuduga pastikan anda berikan pandangan anda dengan hujah yang kemas dan berhemah.
  • Jangan sesekali mengkritik bekas majikan anda atau orang-orang lain yang pernah berkerja dengan anda.
  • Kunyah gula-gula getah jika anda ingin temuduga anda gagal.
  • Jangan tarik muka jika panel temuduga lambat memanggil anda.

Adab di akhir Temuduga

Biarkan panel temuduga yang menamatkan sesi temuduga.
Selepas tamat pastikan anda mengucakapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama anda dan berikan salam dan tinggalkan bilik temuduga dengan keadaan baik dan kemas dan pastikan semua barang anda tidak tertinggal.
Berikut itu sahaja tips atau adab yang diperlukan untuk anda hadir ke sesi temuduga kami pihak gkerjaya berharap dengan tips-tips ini anda akan berjaya melalui sesi temuduga dengan cermerlang.

0 comments: