Jawatan kosong kerajaan terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara
Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh
tutup pemohonan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan
kosong di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai :
1. KETUA PEGAWAI RISIKO GRED 28 (CHIEF RISK OFFICER)
2. JURUANALISA SISTEM GRED 23
3. PENGATUR PROGRAM KOMPUTER GRED 19
Tarikh tutup permohonan 26 Ogos 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

LATAR BELAKANG
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 bagi
menguatkuasa, mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial Pekerja
1969 dan Peraturan-Peraturan (AM) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.
Melalui 50 buah cawangan di seluruh Negara dan sebuah Pusat Rehablitasi
di Melaka, PERKESO sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada para pelanggan melalui maklumat yang tepat dan cepat
serta sentiasa memelihara hubungan yang baik antara majikan dan pekerja
selaras dengan visi PERKESO selaku Peneraju Keselamatan Sosial Yang
Unggul Dan Cemerlang Menjelang 2020. Warganegara Malaysia yang
berkelayakan, memiliki daya kepimpinan yang dinamik, kompeten dan
inovatif serta ingin memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan
berdaya saing adalah dijemput untuk menyertai kami.
0 comments: