Thursday, 29 September 2016

Temuduga Skim Latihan 1 Malaysia Zon Selatan


Temuduga Skim Latihan 1 Malaysia Zon Selatan | Peluang untuk anda mengisi lebih 10,000 jawatan kosong dan latihan kepada mereka yang berminat anda diperlawa untuk hadir kelokasi temuduga seperti berikut.



Temuduga Skim Latihan 1 Malaysia Zon Selatan

Pakaian:
Calon yang hadir hendaklah berpakaian kemas dan membawa salinan dokumen yang mencukupi untuk memohon pelbagai jawatan-jawatan yang ditawarkan disana.
Antara Dokumen yang diperlukan:
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Resume terkini dan gambar berukuran passport.
  • Sijil-sijil akademik/profesional atau transkrip sementara pengajian(diploma/ijazah).
Seluruh rakyat malaysia terutamanya mereka yang tinggal berdekatan diperlawa untuk hadir dan sebarkan kepada seluruh rakan-rakan anda yang sedang mencari-cari peluang kerjaya mungkin ini adalah peluang untuk mereka memulakan kerjaya mereka.

Sunday, 18 September 2016

Iklan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak - 29 September 2016




Iklan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak | Permohonan adalah diperlawa kepada seluruh rakyat negeri Johor yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di Majlis Daerah Tangkah seperti yang telah disenaraikan dibawah.

Iklan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak

  1. PEMBANTU PENGUATKUASA
Syarat Pelantikan Am
  • Calon hendaklah berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan SPM.
  • Melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan boleh baca maklumat penuh di file pdf yang telah kami sediakan di pautan dibawah.
Cara Membuat Permohonan
  • Untuk membuat permohonan calon hendaklah menggunakan borang permohonan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Tangkak atau anda boleh muatturun terus di pautan yang telah kami sediakan dibawah.
  • Pastikan anda membaca syarat-syarat pelantikan dan cara permohonan dengan teliti di file pdf dibawah.
Maklumat Lanjut Permohonan dan Cara Membuat permohonan lengkap Baca Disini.
Borang Permohonan
p/s: Permohonan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup iaitu 29 September 2016.

Thursday, 15 September 2016

Jawatan kosong Johor Majlis Agama Islam Negeri Johor - 21 September 2016


Jawatan Kosong Johor Majlis Agama Islam Negeri Johor | Berita gembira kepada seluruh rakyat malaysia terutamanya rakyat negeri Johor darul Ta’zim anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut.

Jawatan kosong Majlis Agama Islam Negeri Johor

  1. Pegawai Undang-undang L41
  2. Pegawai Tadbir  N41
  3. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
  4. Jurutera  J41
  5. Pelukis Pelan(Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera JA29
  6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat  FA29
  7. Penolong Pegawai Undang-undang  L29
  8. Penolong Akauntan  W29
  9. Penolong Juruaudit  W29
  10.  Penolong Pegawai Tadbir N29
  11. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam  S29
  12. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
  13. Pembantu Tadbir(Kewangan) W19
  14. Pembantu Hal Ehwal Islam S19
  15. Pembantu Operasi
Syarat Am Permohonan
  • Calon haruslah warganegara malaysia yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun keatas pada tarikh tutup permohonan iaitu 21 September 2016.
  • Calon hendaklah beragama Islam untuk semua jawatan diatas.
  • Melepasi syarat-syarat pelantikan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon.
Cara Membuat Permohonan
  • Untuk memohon calon hendaklah menggunakan borang permohonan yang dikeluarkan  Majlis Agama Islam Negeri Johor yang boleh didapati di pejabat dialamat seperti yang dinyatakan atau anda boleh muatturun di pautan yang telah kami sediakan dibawah.
  • Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang telah dinyatakan di file PDF yang kami sediakan dibawah.
  • Pastikan anda membacanya dengan teliti.
Maklumat Lanjut Permohonan
Borang Permohonan

Monday, 5 September 2016

Jawatan Kosong Terkini Di Pembangunan Sumber Manusia Berhad


Jawatan Kosong Terkini di Pembangunan Sumber Manusia Berhad | Kepada seluruh rakyat malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong yang ditawarkan di Pembangunan Sumber Manusia Berhad anda diperlawa untuk membuat permohonan segera jawatan yang ditawarkan seperti berikut.

Jawatan Kosong Terkini di Pembangunan Sumber Manusia Berhad

  1. EXECUTIVE – JOHOR BRANCH
    Gaji ditawarkan RM2,800 sehingga RM4800
Syarat Pelantikan Jawatan
  • Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya Degree dalam bidang Management,business atau mana-mana yang berkaitan.
  • Mempunyai pengalaman 2 – 3 tahun dalam berurusan dengan agensi kerajaan,regulator dan SMEs
  • Lain-lain maklumat jawatan boleh dibaca semasa membuat permohonan,
Cara Memohon
  • Calon yang berminat hendaklah membuat permohonan secara online sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 1 October 2016.
  • pastikan anda membaca syarat-syarat pelantikan dan tugas jawatan dengan Teliti Sebelum Membuat Sebarang Permohonan.
Mohon Sekarang

Monday, 29 August 2016

Jawatan Kosong Johor Di Majlis Perbandaran Johor Baharu

      Gambar Hiasan
  
Jawatan Kosong Johor Di Majlis Perbandaran Johor Baharu | Kepada mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan di Majlis Perbandaran Johor Baharu anda boleh segera membuat permohonan jawatan-jawatan yang ditawarkan sebelum tarikh tutup iaitu 19 September 2016.

Jawatan Kosong Johor Di Majlis Perbandaran Johor Baharu

Nama Jawatan:  Pegawai Tadbir N41
Bilangan Kekosongan : 30
Lokasi : Johor
Cara Membuat Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara online iaitu melalui laman sesawang JobsMalaysia dengan mengikut langkah-langkah seperti berikut.
  1. Daftar atau login di laman sesawang JobsMalaysia disini.
  2. Dibahagian carian tuliskan kata kekunci ” MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHARU ” dan ” Pilihan Majikan “ seperti gambar dibawah
  3. Click Pada hasil carian paling atas seperti gambar diatas dan mohon jawatan yang ditawarkan.
Perhatian
Calon hendaklah melengkapkan profile JobsMalaysia dan pastikan anda membaca syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum membuat permohonan